Variasi dalam setiap jua kejadian dan insiden boleh mencetuskan kesedaran dan pelbagai tanggapan. Kejadian yang rutin dan berulangan ternyata mampu menjana kebosanan dan peberontakan dalam pemikiran. Selanjutnya bagaimana manusia memutuskan nya. Adakah ada usaha untuk mengatasinya? Atau hanya sekadar dibiar untuk dianggap LUMRAH?Kitaran insiden yang menjelekkan, bolehkah dibiar menjadi lumrah? Salah laku. Adakah ia perlu diklasifikasikan sebagai lumrah? Pemberontakan perlu ada medium. Medium yang diusahakan melalui perasaan yang tidak puas hati.Perasaan yang kontra kepada lumrah. Insiden yang diakibatkan atas kelakuan manusia tidak boleh dikatakan lumrah.Soalnya. Mengapa manusia tunduk pada nya? Walhal, akal yang sedia ada adalah untuk mentafsir apa yang dilihat matanya. Mengapakebosanan dan sifat berontak itu dibiar terperap.Apakah satu kuasa yang kuat itu tidak boleh ditangkis? Boleh. Cuma keberanian untuk melancarkannya adalah menjadi penentu. Takut tidak perlu wujud. Tidak menjadi salah untuk mengembangkan medium yang menyuarakan ketegasan dan ketelusan untuk menyatakan sesuatu yang bertentangan. Satu suara yang bertempik, maka ia mampu membangkitkan suara-suara kechil yang lain. Kesedaran adalah kunci nya. Pengolahan berterusan diperlukan. Kekuatan harus dibina. Istilah lumrah yang diwujudkan oleh golongan yang samada sengaja memanipulasi atau sengaja dimanipulasi boleh dihanyutkan dengan penegasan dengan hujah yang jelas dan radikal.Yang berdiri di atas keteladanan,kebosanan, dan pemberontakan diri. Apa yangpasti. Penegasan yang lahir dari diri manusia yang memberontak dan mahu reformasi sebenarnya mampu melenyapkan ‘permainan’ lumrah.
SAYAP BERDARAH
1/31/2010
KENAPA JENDELA?
Assalamualaikum..dari SUARA JENDELA.Janggal jika diperbahaskan jendela bersuara. Tetapi cubarenungkan di jendela, jika di-identifikasikan denganderia seni, pasti dapat mendengar kala ia menyanyi,ber-syair, bersiul, hatta lontaran buah fikiran dapat diper-temukan disitu. Celik deria, bangun subuh,kearah jendela juga destinasipertama sebelum mengerjakan sesuatu. Bila jendela terbuka,seakan satu kesyukuran nikmat yang dapat dirasa. Mulabernafas...Udara segar..Mencari ketenangan.. Satu kebeba-san... Masih segar dalam kotak minda ini,bilamasa itu masih dibangku sekolah. Bila dirumahbukan pintu menjadi arah tuju, tetapi riaksemula jadi dalam diri ini, membenarkansendiri melompat keluar melalui jendela yangterbuka luas, seakan menyam-but kedatangan yang langsung tidak diundang.Ralatnya, binasakan diri sendiri bila diketa-hui orang tua. Telinga dipiat, sebulan menghadap mediacetak pendidikan..Haha.. itu kenangan.. Namun, jangan sesekali lepa bila dah terbuka luas jendela. Pastinya kita membebaskan pegangan, dan menerimahasutan. Tidak ramai yang sedar bahawa secara negatifnyamenderhaka pada jiwa sendiri. Pantas sekali terpedaya.Tetapi, itu semua bukan lah menghalalkan segala perkaraburuk berlaku. Balik ke pangkal jalan. Kenapa diwarkahkan semua ini? Kerana melalui jendelasegala imaginasi dan bayangan serta kenangan, ada disitu.DENGARLAH SUARA JENDELA...
bersambung....
bersambung....
2/10/2009
Langgan:
Catatan (Atom)
