1/31/2010

LUMRAH

Variasi dalam setiap jua kejadian dan insiden boleh mencetuskan kesedaran dan pelbagai tanggapan. Kejadian yang rutin dan berulangan ternyata mampu menjana kebosanan dan peberontakan dalam pemikiran. Selanjutnya bagaimana manusia memutuskan nya. Adakah ada usaha untuk mengatasinya? Atau hanya sekadar dibiar untuk dianggap LUMRAH?Kitaran insiden yang menjelekkan, bolehkah dibiar menjadi lumrah? Salah laku. Adakah ia perlu diklasifikasikan sebagai lumrah? Pemberontakan perlu ada medium. Medium yang diusahakan melalui perasaan yang tidak puas hati.Perasaan yang kontra kepada lumrah. Insiden yang diakibatkan atas kelakuan manusia tidak boleh dikatakan lumrah.Soalnya. Mengapa manusia tunduk pada nya? Walhal, akal yang sedia ada adalah untuk mentafsir apa yang dilihat matanya. Mengapakebosanan dan sifat berontak itu dibiar terperap.Apakah satu kuasa yang kuat itu tidak boleh ditangkis? Boleh. Cuma keberanian untuk melancarkannya adalah menjadi penentu. Takut tidak perlu wujud. Tidak menjadi salah untuk mengembangkan medium yang menyuarakan ketegasan dan ketelusan untuk menyatakan sesuatu yang bertentangan. Satu suara yang bertempik, maka ia mampu membangkitkan suara-suara kechil yang lain. Kesedaran adalah kunci nya. Pengolahan berterusan diperlukan. Kekuatan harus dibina. Istilah lumrah yang diwujudkan oleh golongan yang samada sengaja memanipulasi atau sengaja dimanipulasi boleh dihanyutkan dengan penegasan dengan hujah yang jelas dan radikal.Yang berdiri di atas keteladanan,kebosanan, dan pemberontakan diri. Apa yangpasti. Penegasan yang lahir dari diri manusia yang memberontak dan mahu reformasi sebenarnya mampu melenyapkan ‘permainan’ lumrah.
SAYAP BERDARAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan